OHO SOOK KIANG D20102041463 EL T01

12.12.2011

BAHASA MUZIK PARK 3

BAHASA MUZIK PARK 3

EKSPRESIEkspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

1.  Mud
Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.
2.  Dinamik
Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( >) dan beransur kuat

BAHASA MUZIK PARK 2

BAHASA MUZIK PARK 2

MELODIMelodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah.

1.  Pic
Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.

2. SkelSkel adalah suatu siri pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jeda tertentu dan mew ujudkan kesan nada atau tonaliti. Dalam muzik KBSR, hanya dua jenis skel sahaja yang ditegaskan iaitu skel Major
dan skel minor (harmonik).

3. Frasa
Frasa adalah sekumpulan not yang membentuk satu unit penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu.

4. Harmoni
Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato.

5. Warna ton
Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.

Contoh :
i) Dram bes - bunyi berat
ii) Kastanet - bunyi ringan

6. Tekstur
Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

7. BentukBentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmensegmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

BAHASA MUZIK PARK 1

BAHASA MUZIK PARK 1


PENGENALAN
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkarayang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara
tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

KONSEP-KONSEP MUZIK
1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti.
2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama tersebut.

Konsep Utama                          Konsep Berkaitan                
Irama                        :                      Detik
                                                        Meter
                                                        Tekanan
                                                        Tempo
                                                        Corak irama
                                                        Tempoh masa (Nilai not)
                                                                                                 
Melodi                      :                       Pic
                                                         Skel
                                                         Frasa
                                                         Harmoni
                                                         Warna ton
                                                         Tekstur
                                                         Bentuk
                                                                                                   
Ekspresi                   :                        Mud
                                                         Dinamik




1. IRAMA
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik seperti dalam carta 1, 2 dan 3.

1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

                      2     3     4     6     3     2     4
                      4     4     4     8     8     2     2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.
Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.

1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapatdetik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato.

1.5 Corak Irama
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai
panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

( a ) Corak Irama Rentak
Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget.

( b ) Corak Irama Ostinato
Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan harmoni.

12.10.2011

Bakat, Kemahiran dan Kreativiti Guru

Elemen Merentas Kurikulum dalam KSSR Thun 2

Buku Panduan KREATIVITI

KSSR Dunia Muzik Tahun 2

STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 1

METODOLOGI MUZIK

Laporan KSSR

KSSR Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Seronoknya belajar sambil menyanyi

BELAJAR SAMBIL MENYANYIPosted: August 15, 2009 in EDUCATION
0Salah satu cara paling mudah dan menyeronokkan untuk belajar Bahasa Inggeris ialah melalui nyanyian.

Tidak lama dahulu saya menganjurkan bengkel Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama. Menariknya, pelajar-pelajar di sana begitu sporting sekali. Walaupun malu-malu, mereka bersedia melayani permintaan saya untuk menyanyi bersama-sama.

Lagu-lagu Inggeris dari Barat mempunyai melodi yang menarik dan catchy. Pun begitu sayang sekali, bukan semua lagu sesuai diikuti oleh kita semua terutamanya anak-anak remaja.

Kita tahu pelajar-pelajar kita menggemari sesebuah lagu itu, namun liriknya tidak sesuai. Jadi, apakah langkah terbaik yang boleh kita praktikkan? Kita ambil melodi lagu-lagu popular dan tukarkan liriknya. It’s that simple!

Lirik-lirik bolehlah dikaitkan dengan fakta sejarah, pembelajaran Bahasa Inggeris malah formula matematik sekali pun! It’s fun. Dengan cara ini, pelajar akan beroleh dua kebaikan sekali gus iaitu menghayati melodi lagu kegemaran dan pada masa yang sama mendapat ilmu melalui informasi yang terdapat di dalam lirik lagu.

Di bawah ialah salah satu contoh. Liriknya saya tulis mengikut melodi lagu Jason Mraz berjudul “I’m Your”.

MARI KITA, MARI KITA NYANYI BERSAMA
BILA KITA NYANYI, KITA RASA SANGAT GEMBIRA
MENYANYI BERSAMA-SAMA
BELAJAR BERSAMA

KITA SUKA, AWAK SUKA, CIKGU PUN SUKA
BILA MARKAH KITA NAIK LIMA KALI GANDA
JANGANLAH BERDUKA
MAK AYAH PUN GEMBIRA

NOUNS ARE THINGS OR PLACES, ANIMALS AND PEOPLE
THESE ARE NOUNS:
AIRPLANE, LIBRARY, OSTRICH, JERRY OR HARRY
THOSE ARE NOUNS….

Lirik boleh menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti di atas. Dengan cara ini, pelajar-pelajar boleh turut serta di dalam penulisan lirik. Mungkin mereka boleh menulis lirik di dalam Bahasa Melayu secara berkumpulan manakala bahan Bahasa Inggerisnya pula dibantu oleh guru.

Selamat mencuba!