OHO SOOK KIANG D20102041463 EL T01

12.12.2011

BAHASA MUZIK PARK 1

BAHASA MUZIK PARK 1


PENGENALAN
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkarayang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara
tersebut seterusnya membawa kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik.

KONSEP-KONSEP MUZIK
1. Irama, melodi dan ekspresi merupakan konsep muzik utama yang dikenal pasti.
2. Konsep-konsep yang berkaitan dengan muzik dapat dihimpunkan di bawah konsep-konsep utama tersebut.

Konsep Utama                          Konsep Berkaitan                
Irama                        :                      Detik
                                                        Meter
                                                        Tekanan
                                                        Tempo
                                                        Corak irama
                                                        Tempoh masa (Nilai not)
                                                                                                 
Melodi                      :                       Pic
                                                         Skel
                                                         Frasa
                                                         Harmoni
                                                         Warna ton
                                                         Tekstur
                                                         Bentuk
                                                                                                   
Ekspresi                   :                        Mud
                                                         Dinamik




1. IRAMA
Irama merangkumi faktor detik, meter, tekanan, tempoh masa (duration) dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi.

1.1 Detik
Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik seperti dalam carta 1, 2 dan 3.

1.2 Meter
Secara konvensionalnya, detik dihimpukan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar. Pengumpulan tersebut dikenali sebagai pembahagian meter dan dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa seperti berikut:

                      2     3     4     6     3     2     4
                      4     4     4     8     8     2     2

Angka di sebelah atas menyatakan bilangan detik dalam satu unit atau bar.
Angka di sebelah baw ah pula menyatakan jenis not yang menjadi asas detik berkenaan sama ada not krocet(4), minim(2), kuaver(8) dan sebagainya. Meter diklasifikasikan meter lazim dan meter tak lazim.

1.3 Tekanan
Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapatdetik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

1.4 Tempo
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleg dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato.

1.5 Corak Irama
Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai
panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.

( a ) Corak Irama Rentak
Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget.

( b ) Corak Irama Ostinato
Satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai ir ingan dan harmoni.

No comments:

Post a Comment